Sesungguhnya untuk berjaya, kita kan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan namun ganjaran yang akan kita dapat dengan menghadapi setiap rintangan adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan.
Sesungguhnya kejayaan itu akan datang kepada seseorang yang sanggup membayar harganya. Harga bagi sebuah kejayaan sentiasa lebih kecil daripada harga yang perlu dibayar akibat kegagalan.
Antara dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi adalah kritikan. Kritikan adalah satu tindakan merendah-rendahkan kebolehan orang lain dengan semangat untuk memusnahkan harapan seseorang kerana orang yang dikritik itu ingin mencapai sebuah kejayaan dan impian.
Ada orang mengatakan bahawa ada kritikan membina dan ada kritikan memusnah. Bagi saya semua jenis kritikan adalah memusnahkan. Masakan tidak, berapa ramai yang telah membunuh diri akibat kritikan dan takutnya mereka pada kritikan.
Malah kritikan merupakan antara penyebab utama kenapa ramai orang gagal mencapai apa yang ingin mereka kecapi dalam hidup mereka. Seandainya kritikan itu dikatakan membina, kenapa harus ianya dikenali sebagai kritikan. Bukankah kritikan yang dikatakan membina itu lebih sesuai dikatakan sebagai nasihat dan teguran.
Kenapa perlu diletakkan kritikan membina sebagai sesuatu yang perlu untuk berjaya sedangkan tidak.
Ini kerana orang-orang yang tidak mahu kita mencapai kejayaan dan mereka sendiri tidak percaya tentang kejayaan akan mengatakan bahawa mereka merupakan orang yang benar dan memberitahu kepada semua orang bahawa diri mereka adalah bukti kehidupan ini tidak adil.
Hanya orang-orang yang tertentu sahaja layak berjaya dan jika mereka tidak mampu melakukannya, pastinya anda juga tidak mampu melakukannya. Janganlah membiarkan diri anda kecundang dibawah kritikan-kritikan orang sebegini. Terimalah kritikan dengan hati terbuka.
Anggaplah ia sebagai nasihat walaupun ianya pedih. Sudah pasti anda akan dapat memajukan diri anda 100xlebih baik daripada orang yang mengritik kerana anda menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan sudah semestinya kejayaan akan datang kepada anda.
Sunday, February 7, 2010
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)